Saturday, 16 April 2011

Golfer marhaen vs golfer bangsawan

pix by superstock.com

Hi....jumpa lagi. Harap anda tidak jemu dan terima kasih didahulukan kerana sanggup meluangkan atau membuang masa untuk mengunjungi blog ini. Posting pada kali ini akan menceritakan pengalaman sbg golfer marhaen yang bergaul dengan golfer bangsawan. Aku rasa perlu untuk kita kongsi pengalaman ini bersama kerana secara tidak langsung ianya membentuk karakter kita dan menentukan apakah kita jujur dengan diri kita dan juga rakan rakan golfer sekeliling.

Bekerja sendiri dalam bidang pengiklanan membuatkan aku bertemu dengan pelbagai golongan dan darjat manusia. Dipendekkan cerita salah seorang klien aku ialah Mr AJ (bukan nama sebenar) yang setiap bulan mengajurkan tournament golf dikalangan networking beliau dalam perniagaan. Merata golf course dapat aku terokai dan favourite course bagi Mr AJ ialah Kelab Golf Seri Selangor (KGSS). Entah apa yang menyebabkan dia suka kat KGSS ni pun aku tak tahu. Course ni kira friendly gak lah sampai monyet dan kera kat situ pun memang friendly. Jangan tinggalkan barang2 sprt hp kat buggy, jawabnya sakaliawww*.

Setiap penyertaan bagi tournament ni dikenakan bayaran untuk green fee dan lunch. Masa tu tak jadi masalah pun sebab semua company bayar, cuma bawa badan, golf set dan skill jer. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Adalah sekali dua menang untuk kategori marhaen (medal C). Hadiahnya adalah dalam bentuk wang tunai. Kiranya kalau hari tu menang dapatlah 2 gaji. Kalau kalah kiranya menghabiskan duit company jelah.

Kebetulan hari tu aku menang dan diberi penghormatan untuk duduk makan dekat main table. Masa tu sekeliling meja makan tu semua bangsawan2 ternama berpangkat Datuk dan selebriti. Yang aku ingat Datuk Hashimudin Abd Kadir chairman Perspek dan juga merupakan act husband kepada Norish Karman. Selain tu pemain bola sepak Selangor Mubin Mokhtar dan Datuk2 yang lain yang aku tak hingat nama dia org. Korang agak mcm mana agaknya perasaan aku ni sbg golfer marhaen terselit kat celah tu? Aku pun dah tak ingat apa yg aku rasa, tetapi yg aku ingat masa tu PR aku tak berapa baik lagi (sekarang ni kira ok gak lah). So masa tu aku taburkan name card aku dulu dan biarkan dia orang tanya aku..... secara tidak langsung ada benda aku nak cerita dan pada masa sama aku juga menjual diri (anggaplah apa yg korang nk anggap) dan company aku pd bangsawan2 ni.

Semua nya berjln lancar sehinggalah lepas makan masa hisap rokok bangsawan2 ni bercerita utk pergi bermain golf di Jakarta, bercerita tentang driver terbaru dipasaran, share market dan cerita2 5 & 7 series (hallo respeklah sikit aku yang pakai Kancil ni).......terpana aku kat meja tu. Nak menyampok takut salah cakap, jd kejung* aku kat situ dan terasa diri ni dari kasta marhaen tahap gaban......tp dah terselit kat situ nak buat mcm mana, ada tak der aku gelaklah walaupun tak ikhlas bila bangsawan ni buat kelakar.(kalau dia buat cerita sedih mahu aku menangis kot). Nasib baiklah Mubin jadi penyelamat aku masa tu. Dia nampak aku mcm bengong* jer so dia pun bisik kat aku......"kau jgn risau aku pun rasa mcm apa yg kau rasa". Masa tu aku terus ketawa.

 Pengalaman tu membuatkan aku mempertingkatkan PR aku, menambahkan pengetahuan tentang apa jua perkara dan benda2 yang baru dan juga topik2 semasa, menilai dahulu karakter seseorng dan mengenalinya  sblm  kita meneruskan kepada sesuatu topik perbualan yang khusus dan meng "admire" life style bangsawan2 tersebut.......tetapi yang pentingnya "be your self ". see ya....

* sakaliawww (jgn tanya bahasa apa ni) - habis, hilang atau punah
* kejung - keras, batu, kejang
* bengong - kalau tak tahu memang bengong

3 comments:

  1. SALAM BRO,MAAF BERBANYAK.....BLOG BRO NI BAGUS UNTUK DIKONGSI PADA SEMUA BLOGGER SEALIRAN JUGA BUKAN SALIRAN...SELAMAT BERBLOG,BUKAN TIDAK MAHU MEMPERKENALKAN DIRI...BIARLAH SAYA HADIR SEBAGAI ANONYMOUS,USAHA BRO BERBLOG DIHARGAI..KITA KONGSI APA SAHAJA DARI RAKAN RAKAN BLOGGER.MENARIKKAN.

    SAYA IKHLAS MENEGUR ,ADA BAIK SELAIN CERITA BRO BERGOLF,TERSANGAT BAIK DISERTAKAN GAMBAR...TENTU MENARIK.MAKA YANG DATANG BERKUNJUNG KE BLOG BRO INI...TERNYATA BENAR YAKIN...SEMPURNA .APA YANG ADA PADA BLOG BRO INI.
    KOMEN UNTUK BRO ,IKHLAS.
    WASALAM BRO BADROL.
    ALOR GAJAH DIMANA BRO,LETAK FB KAT BLOG BRO INI.

    ReplyDelete
  2. t kasih atas komen yg pertama dr saudara kerana benda2 yg pertama kali berlaku dlm hidup kita akan kita ingat selama2nya....satu teguran yg saya kira amat berguna utk saya baru 1 minggu berjinak2 dgn blog ni....masih merangkak2 lg. itulah sebab byk benda yg nak kena explore dlm blog ni utk memantapkan lagi dr segi visual, layout dan isi kandungan....anyway tqvm. i really appreciate it. lupalak....alor gajah kt sungai buloh....pernah sampai?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete