Wednesday, 20 April 2011

Mengadaptasikan displin golf dalam kehidupan seharian

Hi...jumpa lagi. Banyak artikel yang saya baca mengatakan golf adalah merupakan sukan yang memerlukan displin yang amat tinggi dan saya amat bersetuju kerana ianya adalah fakta. Bagi saya golf menuntut individu untuk lebih fokus, tenang dalam membuat keputusan dan menanggung apa jua risiko dari keputusan yang diambil, mengatasi masalah dan yang penting sekali ialah kejujuran. Elemen-elemen tersebut amat penting dan perlu sentiasa ada dalam diri kita sebagai seorang golfer. Tetapi harus kita ingat apa yang tertera diatas adalah mewakili hanya beberapa peratus sahaja displin dalam permainan golf yang boleh dikatakan sebagai asas sahaja. that's a lot more, cuma adakah anda tega dan mempunyai jatidiri yang mampan untuk mendalaminya. 

Persoalannya berapa peratuskah golfers yang tinggi displinnya? Saya tiada jawapan untuk ini kerana peratusannya bergantung kepada rakan sepermainan anda sendiri.....

Cuma secara ringkasnya ingin saya perkatakan disini alangkah baiknya sekiranya apa yang kita pelajari dalam displin permainan golf ini dapat kita praktikkan dalam rutin kehidupan seharian. Saya kira tidak ada rintangan yang tidak boleh kita atasi sekiranya proses adaptasi ini berlaku dalam diri kita. Malangnya apa yang saya lihat adalah sebaliknya....ramai antara golfer ini adalah pelakon pelakon hebat yang menyerlahkan watak sebenar masing2 apabila berada di padang. Seorang yang penyabar apabila berada di luar bertukar menjadi panas baran apabila tee off nya tersasar, seorang yang disegani dikalangan masyarakat boleh menipu score semata2 utk menjaga reputasi sebagai golfer. Kita harus ingat permainan golf mampu untuk menyerlahkan karakter dan peribadi kita yang sebenar. So becarefull, be honest and be yourself.

Golf ini sebenarnya adalah merupakan satu displin game yang sukar dan yang membuatkan sukan golf ini seronok ialah apabila anda dapat mengatasi kesukaran itu......see ya.



Saturday, 16 April 2011

Golfer marhaen vs golfer bangsawan

pix by superstock.com

Hi....jumpa lagi. Harap anda tidak jemu dan terima kasih didahulukan kerana sanggup meluangkan atau membuang masa untuk mengunjungi blog ini. Posting pada kali ini akan menceritakan pengalaman sbg golfer marhaen yang bergaul dengan golfer bangsawan. Aku rasa perlu untuk kita kongsi pengalaman ini bersama kerana secara tidak langsung ianya membentuk karakter kita dan menentukan apakah kita jujur dengan diri kita dan juga rakan rakan golfer sekeliling.

Bekerja sendiri dalam bidang pengiklanan membuatkan aku bertemu dengan pelbagai golongan dan darjat manusia. Dipendekkan cerita salah seorang klien aku ialah Mr AJ (bukan nama sebenar) yang setiap bulan mengajurkan tournament golf dikalangan networking beliau dalam perniagaan. Merata golf course dapat aku terokai dan favourite course bagi Mr AJ ialah Kelab Golf Seri Selangor (KGSS). Entah apa yang menyebabkan dia suka kat KGSS ni pun aku tak tahu. Course ni kira friendly gak lah sampai monyet dan kera kat situ pun memang friendly. Jangan tinggalkan barang2 sprt hp kat buggy, jawabnya sakaliawww*.

Setiap penyertaan bagi tournament ni dikenakan bayaran untuk green fee dan lunch. Masa tu tak jadi masalah pun sebab semua company bayar, cuma bawa badan, golf set dan skill jer. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Adalah sekali dua menang untuk kategori marhaen (medal C). Hadiahnya adalah dalam bentuk wang tunai. Kiranya kalau hari tu menang dapatlah 2 gaji. Kalau kalah kiranya menghabiskan duit company jelah.

Kebetulan hari tu aku menang dan diberi penghormatan untuk duduk makan dekat main table. Masa tu sekeliling meja makan tu semua bangsawan2 ternama berpangkat Datuk dan selebriti. Yang aku ingat Datuk Hashimudin Abd Kadir chairman Perspek dan juga merupakan act husband kepada Norish Karman. Selain tu pemain bola sepak Selangor Mubin Mokhtar dan Datuk2 yang lain yang aku tak hingat nama dia org. Korang agak mcm mana agaknya perasaan aku ni sbg golfer marhaen terselit kat celah tu? Aku pun dah tak ingat apa yg aku rasa, tetapi yg aku ingat masa tu PR aku tak berapa baik lagi (sekarang ni kira ok gak lah). So masa tu aku taburkan name card aku dulu dan biarkan dia orang tanya aku..... secara tidak langsung ada benda aku nak cerita dan pada masa sama aku juga menjual diri (anggaplah apa yg korang nk anggap) dan company aku pd bangsawan2 ni.

Semua nya berjln lancar sehinggalah lepas makan masa hisap rokok bangsawan2 ni bercerita utk pergi bermain golf di Jakarta, bercerita tentang driver terbaru dipasaran, share market dan cerita2 5 & 7 series (hallo respeklah sikit aku yang pakai Kancil ni).......terpana aku kat meja tu. Nak menyampok takut salah cakap, jd kejung* aku kat situ dan terasa diri ni dari kasta marhaen tahap gaban......tp dah terselit kat situ nak buat mcm mana, ada tak der aku gelaklah walaupun tak ikhlas bila bangsawan ni buat kelakar.(kalau dia buat cerita sedih mahu aku menangis kot). Nasib baiklah Mubin jadi penyelamat aku masa tu. Dia nampak aku mcm bengong* jer so dia pun bisik kat aku......"kau jgn risau aku pun rasa mcm apa yg kau rasa". Masa tu aku terus ketawa.

 Pengalaman tu membuatkan aku mempertingkatkan PR aku, menambahkan pengetahuan tentang apa jua perkara dan benda2 yang baru dan juga topik2 semasa, menilai dahulu karakter seseorng dan mengenalinya  sblm  kita meneruskan kepada sesuatu topik perbualan yang khusus dan meng "admire" life style bangsawan2 tersebut.......tetapi yang pentingnya "be your self ". see ya....

* sakaliawww (jgn tanya bahasa apa ni) - habis, hilang atau punah
* kejung - keras, batu, kejang
* bengong - kalau tak tahu memang bengong

Monday, 11 April 2011

Golf sebagai riadah.....bukan untuk show off

Sukan golf telah melalui satu revolusi dimana ianya bukan lagi bagi golongan elitis dan bangsawan. Sekarang ianya boleh di mainkan oleh sesiapa sahaja yg mempunyai bakat (practice make perfect) dan pengetahuan asas (ini penting) tentang golf. Tetapi amat malang kerana masih ada yang beranggapan golf ini adalah untuk golongan atasan. Pengalaman saya yang menetap di kampung dimana kadang2 saya amat takut untuk bercerita tentang sukan golf ini dengan kawan2 disebabkan takut kita di labelkan sebagai suka menunjuk2. Secara perlahan dan dengan memilih kawan2 yg boleh saya tarbiahkan, saya menerangkan tentang sukan ini dan alhamdulillah mereka faham (tapi riak wajah masih lagi skeptikal). Bagi kawan2 yang tahu, mereka ini akan meyampaikan kepada kwn2 yg lain tentang kegemaran saya, dan terkadang segan gak apabila mereka ini menegur sebab teguran tu kdg2 macam menyindir jer. Apa pun jua.....diharapkan sukan ini akan terus dapat diterima oleh setiap lapisan khususnya di kampung2 dan secara perlahan ianya akan memadamkan tanggapan yang sukan ini utk golongan elitis sahaja.

Apa alasan mereka untuk mengatakan sukan ini mahal?
Cuba lihat perbelanjaan yg saya gunakan untuk sukan ini.     
  1. Set golf  2nd hand jenama Ben Hogan    RM600.00 (dah 12 thn aku pakai siap pajak dan tebus balik)
  2. Kasut beli masa sale                               RM120.00
  3. Bola dan accesories (tee dan gloves)     RM100.00
Jumlah                                                           RM820.00
(pakailah selagi tak patah, hilang atau tercampak dlm kolam)

Cuba buat perbandingan dgn sukan2 lain sprt mountain bike, remote control car, gadget2 terkini dipasaran sprt iphone, ipad dan galaxy tab...  Yang buat mahal golf sekarang ialah fesyen bila berada di padang. Ada golfer marhaen yang cuba berdandan seperti Camilio Villegas atau Rory Mcilroy walaupun tee off tak melepasi 50 meter. Apasal kau nak ikut macam mana dia orang ni pakai, tali pinggang warna kuning, seluar warna oren, topi hijau katak pisang. Dia orang ada sponsor lah bro....Setakat tee off keceperrrr tak yah lah nak berfesyen. Tapi bagi mereka yang obsess dan mampu silakanlah....by all means. Apa pun pesanan saya untuk golongan pure marhaen, etika berpakaian di golf course hendaklah dipatuhi. Jangan sampai course mashall hambat korang sbb pakai jeans dan t shirt pagoda. see ya....


Sunday, 10 April 2011

disebalik nama......golfermarhaen

Salam 1 Msia utk semua terutamanya kpd golfer-golfer diserata clubhouse, tee box, bunker, fairway dan green. Terpanggil utk berkongsi pengalaman yg tidak seberapa sebagai seorang golfer marhaen. Kenapa 'marhaen' plak nih? Perkataan marhean membawa maksud rakyat biasa. Tapi dari segi negatif marhaen juga membawa maksud tidak berpelajaran, kurang ajar (member aku JOE mesti suka perkataan ni) juga. Jadi boleh lihat maksud ni dari dua2 konteks. Kalau positif lebih membawa maksud rakyat biasa yang sederhana. Atau mungkin ‘kurang ajar’ dari konteks tidak membenarkan diri ditindas. Semua bergantung pada konteks yang kita bicarakan.Harap dapat difahami.....

 Golfer marhaen dr perpektif saya ialah mereka dikalangan golfer golfer biasa (kdg2 dari segi pemakaian tak nampak pun macam orang biasa) yang bermain golf sebagai satu riadah sahaja. Bukan bertujuan untuk bisnes (walaupun kdg2 dpt bisnes) dan bukan bertujuan untuk entertain client jauh sekali untuk berjudi sebab judi itu haram dan golongan marhaen mana ada duit banyak (budi bahasa jer yg ada).

Apa pun jua tanggapan org terhadap golfer dikalangan marhaen ini, percayalah golongan inilah yg bertebaran di serata golf course dan golongan inilah yg memeriahkan industri golf di dlm M'sia. Tetapi.....nanti dulu....dalam golongan golfer marhaen ini juga ada pecahan atau pun kelompok yg tertentu yg akan saya ceritakan dlm posting saya yg berikutnya.

Semoga blog ini dpt memberi paling tidak pun sekelumit pengalaman dan panduan mahu pun sebagai cerita2 kosong utk kita kongsi bersama.....see ya.